Kami menyediakan pelbagai jenis coklat berperisa, pastry bercoklat, snek kurma badam bercoklat dan kerepek untuk tempahan majlis dan keraian bagi semua peringkat umur dan masa
Resepi / Petua Pilihan
A. Kek Kukus Lapis Coklat
.... sumber dari internet dan digubah ikut selera anak-anak & hubby
Bahan A
•150gm butter
•100gm coklat masakan
Bahan B •10 biji kuning telur - Gred A
•5 biji putih telur
•225gm gula castor
•1 sudu besar ovalette
Bahan C •125gm tepung gandum/superfine
•25gm tepung jagung
•1 tsp baking powder
•30gm serbuk koko
•1 sudu besar coklat emulco(takde so aku lebihkan skit serbuk koko)
Bahan untuk lapisan cheese •250gm cream cheese
•100gm white chocolate compound (jika tiada boleh ganti dengan white chocolate cooking atau susu pekat manis.. but i still like choc compound)
•2 biji telur gred A
•30gm tepung gandum/superfine
Cara-cara :
1.Cairkan bahan A dan sejukkan.
2.Campurkan semua bahan B dan pukul sehingga gebu dan bertanduk.
3.Masukkan bahan C dan gaul sebati. Gaul mengunakan spatula.
4.Kemudian masukkan bahan A yang telah sejuk sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
5.Untuk lapisan cheese. Masukkan semua bahan dan pukul sehingga gebu.
6.Sediakan acuan. Sapukan acuan dengan butter dan alas dasar dengan kertas.
7.Bahagikan adunan coklat kepada 2. Masukkan bahagian 1 kedalam acuan dan tutup dengan aluminium foil. Kukus kek selama 20 minit.
8.Selepas 20 minit. Periksa kek. Sentuh atas kek dan jika kek tidak basah bermakna kek telah sedia untuk lapisan kedua. Lapisan kedua - masukkan adunan cheese. Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit. Lapisan cheese dah masak, bolehlah masukkan bahagian ke 2 kek dan kukus lagi selama 20 minit. Jangan lupa untuk tutup kek dengan aluminium foil sebelum mengukus. Tips : Pastikan dan periksa kek telah masak sebelum tuang lapisan ke 2 dan seterusnya kerana kek sangat lembut dan bimbang2 jika kek tidak masak adunan akan mendap.
Coklat Ganache/Glis
Bahan-bahan :225 gm milk choolate compound (jika tiada gantikan coklat masakan)
115 ml krim putar
Cara-cara :
1.Panaskan coklat compound dan krim putar secara double boiler.
2.Biar coklat mencair dan sebati, angkat dan ketepikan sehingga pekat dan boleh disapu dengan mudah.
3.Curahkan cokelat dan sapukan sehingga rata menyaluti kek.
4.Gunakan penyisir kek untuk melorek corak di atas dan tepi kek.
Hiasan
Boleh letak coklat compound perisa strawbery / buahan-buhana strawbery
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment